Copenhagen ikat Bayern

Iklan
Harry Kane (kiri) dan pertahanan Copenhagen Denis Vavro bersaing untuk mendapatkan bola dalam aksi Liga Juara-Juara. - Foto:AFP

BAYERN Munich terikat tanpa jaringan dengan FC Copenhagen di Allianz Arena dalam aksi Liga Juara-Juara dengan tuan rumah dinafikan penalti yang mungkin boleh memberikan kemenangan menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR) pada penghujung perlawanan.

Bayern yang menjaringkan dua gol lewat untuk bangkit dari ketinggalan dan menang 2-1 di Denmark pada Oktober berpeluang meraih tiga mata selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Frans Kraetzig.

Iklan
Iklan

Selepas semakan VAR menunjukkan bola terkena bahagian atas lengan dan bahu sekali gus pengadil Stephanie Frappart menarik balik penalti tersebut.

Tonggak Bayern, Thomas Mueller memberitahu DAZN bahawa keputusan itu tidak konsisten dengan situasi sama yang berlaku ketika perlawanan Newcastle dan Borussia Dortmund pada Rabu.

Iklan

"Saya fikir pembuat peraturan ingin mencuba dan membuat keputusan bola terkena tangan secara objektif, tetapi anda tidak boleh melakukannya," katanya.

Walaupun Bayern kehilangan mata dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di laman sendiri buat kali pertama sejak 2018, juara Jerman itu layak ke pusingan 16 terakhir sebagai juara kumpulan A.

Iklan

Keputusan seri 3-3 Manchester United di Galatasaray juga menyaksikan Copenhagen menduduki tempat kedua dalam kumpulan dengan saingan berbaki satu perlawanan.

Skuad Denmark itu boleh layak ke pusingan 16 terakhir buat kali kedua dalam sejarah mereka dengan mengelak kekalahan di tempat sendiri kepada Galatasaray pada Disember.