Gas bocor: Seorang pengsan, lima lagi sesak nafas

Iklan
Bomba mendapati berlaku kebocoran gas semasa kerja-kerja mengorek tanah menggunakan mesin pengorek di tapak pembinaan berkenaan. - Gambar hiasan

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Seorang buruh pengsan, manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, kesemua pekerja lelaki warga asing berumur 19 hingga 43 tahun itu dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Tawau ekoran kejadian kira-kira jam 11 pagi itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa ialah warga Indonesia Jamal Umar, 30 dan lima warga Filipina dikenali sebagai Said Bading, 43; Aduk Jak, 28; Shahrul Nizam Raymond,19; Milham Ibnu Hatta, 35 dan Jai Azmi, 19.

"Seorang pekerja berada di zon merah manakala lima lagi berada di zon kuning.

Iklan

"Pihak kami bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat kejadian dan mendapati berlaku kebocoran gas pada 11 pagi semasa kerja-kerja mengorek tanah menggunakan mesin pengorek di tapak pembinaan berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Jemishin berkata, pihaknya bertindak pantas untuk mengawal keadaan dengan memindahkan orang awam yang berada pada jarak 500 meter hingga 1 kilometer dari kawasan kejadian.

Iklan

"Bomba juga membuat kerja-kerja pengezonan menggunakan pengesan gas untuk mengambil bacaan radiasi bahan dan menampal kebocoran pada tong yang dikenal pasti jenis klorin menggunakan tanah dan plastik, kerja-kerja penyahcemaran dijalankan sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.36 malam tadi," katanya. - Bernama