Dua maut ditembak ketika penggambaran video muzik di Texas

Iklan
Keadaan lokasi kejadian serangan tembakan yang mengakibatkan dua maut ketika penggambaran video muzik di Texas malam semalam. - Foto Agensi

HOUSTON - Dua terbunuh manakala sekurang-kurangnya tujuh lagi cedera dalam kejadian serangan tembakan ketika penggambaran video muzik sedang dilakukan di Texas, kata pihak berkuasa semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang Harris County, Ed Gonzalez berkata, serangan ke atas sekumpulan lelaki Hispanik berusia 20-an itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam semalam di sebuah tempat letak kereta di kawasan kediaman Houston.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian terdapat kenderaan lain yang turut berada di situ ketika mereka sedang membuat penggambaran beberapa jenis video muzik sebelum diserang hendap secara tiba-tiba.

"Kami percaya serangan itu dilakukan oleh individu yang berada di dalam kereta atau pejalan kaki yang bertindak melepaskan tembakan ke tempat letak kereta tersebut.

Iklan

"Kini sembilan mangsa mengalami kecederaan, dua telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, satu kritikal dan yang lain masih dirawat di hospital. Pihak polis masih belum tahu motif serangan itu," katanya pada taklimat media.

Video yang disiarkan di Twitter pagi semalam oleh wartawan Houston Chronicle menunjukkan kesan darah di kawasan tempat letak kereta selain terdapat kesan lubang peluru pada kereta.

Iklan

Menurut angka kerajaan, kira-kira 40,000 orang maut akibat kejadian serangan tembakan pada tahun 2017 di Amerika Syarikat ekoran keganasan senjata api. - AFP.