NGO bantah penganjuran konsert hiburan di Nilai

Iklan
Beberapa NGO membuat laporan polis membantah penganjuran konsert hiburan di Nilai.

NILAI - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan(NGO) termasuk penduduk membuat laporan polis bagi membantah penganjuran konsert hiburan yang bakal diadakan di Nilai pada 2 dan 3 Disember ini.

Wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Nilai, Zulfakar Belian berkata, penganjuran konsert tersebut boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Iklan
Iklan

Malah katanya, lokasi penganjurannya juga tidak sesuai kerana berdekatan dengan Masjid Putra Nilai dan Masjid Desa Indah iaitu tidak sampai 500 meter.

"Kita juga bimbang akan berlaku perbuatan tidak bermoral seperti mabuk, dadah dan seks bebas," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan
Zulfakar menunjukkan laporan polis dibuat.

Menurutnya, laporan polis terbabit telah dibuat pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan penganjuran konsert berkenaan sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Iklan

"Kita juga difahamkan ada dalam kalangan artis jemputan merupakan bekas pelakon porno.

"Saya juga percaya penduduk-penduduk Nilai juga akan membantah dan pihak PBT perlu mengambil langkah membatalkannya atau dibuat di lokasi lain yang lebih sesuai," katanya.