Guna tayar botak, cermin retak

Iklan
Operasi ini bagi memastikan van sekolah dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pelajar sekolah serta pematuhan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,

PUCHONG - Menggunakan tayar botak selain cermin pada bahagian hadapan serta penumpang retak antara kesalahan tertinggi dikesan dalam Ops Bas Sekolah di sekitar Puchong dekat sini pada Rabu.

Tindakan segelintir pemandu van sekolah yang tidak peka terhadap keselamatan diri dan penumpang itu turut memberikan alasan sibuk selain tiada masa untuk menghantar kenderaan ke bengkel.

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi sehingga 1 petang itu disertai seramai 21 pegawai dan anggota.

Beliau berkata, operasi ini dijalankan secara statik dan rondaan di beberapa lokasi tumpuan di sini.

Iklan

"Selain itu sebanyak 46 notis saman dikeluarkan dengan kesalahan teknikal mencatatkan saman tertinggi selain tiada lesen memandu, salah guna cukai jalan dan pelbagai kesalahan lain," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan tindakan segelintir pemandu van sekolah ini tidak menghiraukan aspek keselamatan ketika membawa penumpang.

Iklan
Anggota JPJ menjalankan pemeriksaan terhadap seorang pemandu van dalam Ops Bas Sekolah di sekitar Puchong dekat sini pada Rabu.

"Operasi ini secara langsung bagi memastikan van sekolah dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pelajar sekolah serta pematuhan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, pengusaha van sekolah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

"Penguatkuasaan dan operasi akan sentiasa dijalankan untuk memantau secara berterusan melibatkan semua jenis kenderaan.

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.