PKNS, Lions Convention tanam 50 pokok di Taman Warisan

Iklan
Md Kamarzan (tiga dari kiri) dan Michel menanam pokok selepas selesai acara perasmian. Md Kamarzan (tiga dari kiri) dan Michel menanam pokok selepas selesai acara perasmian.
Md Kamarzan (tiga dari kiri) dan Michel menanam pokok selepas selesai acara perasmian.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lions Convention menanam lebih 50 pokok pelbagai spesies menerusi Program Penghijauan di Taman Warisan, Setia Alam pada Rabu.

PKNS dalam satu kenyataan berkata, ia dilaksanakan untuk menyokong agenda nasional melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang tahun 2025 dan Kempen Penanaman 26 Juta Pokok Negeri Selangor.

Iklan
Iklan

"Program ini juga menyumbang ke arah matlamat PKNS dalam menerapkan dasar Persekitaran, Sosial & Urus Tadbir (ESG) yang bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar melalui penanaman pokok bersepadu di kawasan Taman Warisan dengan keluasan keseluruhan projek mencapai 13.92 ekar (5.3 hektar).

"PKNS dan Lions Convention bersama-sama melaksanakan Program Penghijauan ini sebagai langkah positif dalam menjaga keindahan alam semula jadi dan mencipta ruang hijau yang bermakna untuk masyarakat setempat,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Pada Rabu, program penanaman pokok tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah) PKNS, Ir Md Kamarzan Md Rais diiringi oleh Convention Organizing Committee Chairperson Lions Convention, Michel Yee dan dihadiri oleh pegawai kanan PKNS, Lions Convention serta masyarakat setempat.

Menurut kenyataan itu, program penanaman pokok tersebut adalah bukti keterlibatan aktif PKNS dan Lions Convention dalam usaha kelestarian alam sekitar dan pembangunan masyarakat dalam usaha menjaga warisan alam semula jadi.

Iklan
Md Kamarzan (empat dari kiri) dan Michel (tiga dari kiri) bergambar bersama pegawai PKNS dan wakil Lions Convention Organizing Committee selepas sesi pemotongan riben sebagai simbolik perasmian Program Penghijauan di Taman Warisan, Alam Nusantara, Setia Alam.

Menurut kenyataan itu, fasa pertama pembangunan kawasan rekreasi itu melibatkan kawasan seluas 8.46 ekar (3.42 hektar) telah disempurnakan dengan pelbagai kemudahan termasuk skate park, padang bola, gelanggang serbaguna, shelter, plaza, serta tiga kelompok taman permainan bersepadu berkonsepkan serangga yang kreatif.

Selain itu, trek laluan joging sepanjang 2.3 kilometer telah disediakan bagi meningkatkan aktiviti riadah dalam kalangan pengunjung.

Projek yang telah dijalankan ini juga melibatkan penanaman lebih dari 700 pokok dari pelbagai spesies untuk menambahkan kehijauan dan keindahan taman.

Fasa kedua projek itu meliputi keluasan 5.46 ekar (2.2 hektar), dijangka bermula pada bulan Disember 2023.

Pada fasa itu, kemudahan seperti trek laluan joging sepanjang 1.2 km, satu kelompok taman permainan bersepadu dan shelter akan turut disediakan.

Lebih dari 300 pokok dari pelbagai spesies akan ditanam untuk mengekalkan kehijauan dan menyumbang kepada keindahan landskap taman.