Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang

Iklan
Abdul Wahab - Foto Bernama

KAJANG - Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.

Abdul Wahab, 33, hadir bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman, sekitar jam 11 pagi kemudian dia dilihat keluar pada jam 12.57 tengah hari menuju ke bilik Pegawai Penyiasat di IPD Kajang.

Iklan
Iklan

Pada masa ini proses siasatan masih dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang, namun butiran berhubung laporan polis yang dibuat Abdul Wahab masih belum dapat dipastikan.

Faizal juga memaklumkan bahawa beliau akan memberikan butiran berhubung kehadiran mereka ke IPD Kajang kepada pihak media sebaik proses siasatan selesai dijalankan.

Iklan
Wahab tampil membuat laporan polis di IPD Kajang pada Khamis.

Pada Rabu, peguam Abdul Wahab mengesahkan bahawa anak guamnya itu hadir ke Bukit Aman, bagi proses rakaman percakapan berhubung kes berkenaan.

Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zaid berkata, pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu dalam kes berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, 'Mr H' dan pekerja sebuah hotel tempat sidang media antara Agus dan Abdul Wahab diadakan.

Iklan

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.