Taufan Tropika Sarai ragut satu nyawa

Iklan
Taufan Tropika Sarai yang membadai Fiji semalam mengakibatkan 2,500 mangsa terpaksa berlindung di tempat perlindungan kecemasan. - Foto Agensi

WELLINGTON - Taufan Tropika Sarai yang membadai Fiji semalam telah meragut satu nyawa dan seorang lagi masih hilang manakala 2,500 mangsa terpaksa berlindung di tempat perlindungan kecemasan.

Pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Vasiti Soko berkata, mangsa yang maut merupakan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun selepas lemas akibat tenggelam di Pulau Kadavu.

Iklan
Iklan

"Remaja itu dipercayai telah dihanyutkan oleh arus yang deras ketika dia berenang bersama kawan-kawannya ketika kejadian.

"Misi pencarian seorang lagi mangsa yang dihanyutkan oleh banjir masih diteruskan manakala seorang lagi mangsa masih dirawat di hospital setelah terkena pokok tumbang," katanya.

Iklan

Soko berkata, sehingga kini seramai 2,538 orang telah dipindahkan ke 70 pusat pemindahan sejak pagi tadi dan bekalan elektrik telah dipulihkan hampir 80 peratus, namun syarikat tenaga Energy Fiji Limited memerlukan tempoh seminggu untuk memulihkan bekalan ke semua kawasan yang terjejas.

Taufan Tropika Sarai yang melanda barat daya Fiji dengan kelajuan angin 150 kilometer sejam itu dijangka bakal melewati Tonga pada malam tahun baru. - AFP

Iklan