SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meluluskan pembinaan sebanyak 4,800 unit Rumah Idaman yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2022.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, buat masa ini, gerak kerja bagi pembinaan rumah tersebut telah dimulakan membabitkan lokasi di sekitar Kajang, Bangi dan Paya Jaras.
Iklan
Iklan
"Setiap unit Rumah Idaman mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, berukuran lebih kurang 1,000 kaki persegi bersama dua parkir kenderaan," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya.
Mengulas lanjut Amirudin berkata, pembinaan rumah tersebut yang dilengkapi dengan peralatan seperti kabinet televisyen, dapur, peti sejuk, penghawa dingin dan pemanas air itu hanya dijual dengan harga RM250,000 sahaja.
Beliau berkata, kerajaan Selangor juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan institusi-institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dalam menjayakan usaha ini.
"Langkah ini bagi membolehkan pemohon menyertai Skim Smart Sewa dan mendapat kemudahan pinjaman sehingga 40 tahun," katanya.
Artikel Berkaitan