[VIDEO] 'Saya trauma, mahu tuntut keadilan'- Wahab

Iklan

KAJANG - Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Abdul Wahab, 33, berkata, dia mengakui dirinya tertekan serta trauma dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dalam kes berkenaan.

Iklan
Iklan

Abdul Wahab bersama peguamnya hadir ke IPD Kajang untuk membuat laporan polis.

"Saya tertekan, saya trauma apalah nak cakap itu sahaja, saya buat semua ini (laporan polis) kerana hendak membersihkan nama dan menuntut keadilan," katanya selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, pada Khamis.

Iklan

Abdul Wahab berkata, dia bagaimanapun pada masa ini tidak dapat memastikan status kerjayanya di J-KOM susulan daripada kes berkenaan.

Abdul Wahab hadir bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, sekitar jam 11 pagi, kemudian dia dilihat keluar pada 4.45 petang selepas selesai dirakam keterangan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang.

Iklan

Sebelum ini dalam satu sidang media, Abdul Wahab mendedahkan tindakan merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.

Kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.