Tak mampu bayar sewa rumah, tiga beranak tinggal di jejantas

Iklan
Wanita bersama dua anak yang menghuni di jejantas di Skudai di sini diselamatkan JKM pada Khamis.- Foto tular

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan dua tahun bersama ibu mereka, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas ditemukan menghuni di sebuah jejantas di Skudai, pada Khamis.

Sebelum itu, gambar wanita berusia 39 tahun bersama dua anaknya yang hidup serba kekurangan di jejantas itu tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Iklan
Iklan

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, ketika diselamatkan wanita dikenali sebagai Minah itu memberitahu dia dan teman lelakinya datang ke Johor Bahru untuk mencari kerja.

"Mereka terpaksa tinggal di jejantas kerana tidak mampu untuk menyewa bilik atau rumah. Wanita itu juga menyatakan sudah mencari bilik sewa di kawasan berdekatan namun tidak mempunyai wang untuk membayar sewa," katanya.

Iklan
Wanita bersama dua anak yang menghuni di jejantas di Skudai di sini diselamatkan JKM pada Khamis. - Foto Facebook Marina Ibrahim

Menurutnya, pelindung JKM juga hadir ke bilik sewa yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) dan bertemu dengan pemilik bilik sewa.

"Bantuan segera RM300 disalurkan kepada keluarga berkenaan bagi menampung kos sewa menyewa bilik sewa itu memandangkan mereka ini dilihat mempunyai masalah dari segi kewangan," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim yang dihubungi memberitahu maklumat berkaitan keluarga berkenaan diterima daripada orang awam sebelum menyalurkan kepada JKM.

"Namun kami akan meminta bantuan polis bagi memeriksa identiti pasangan itu bagi memastikan segala maklumat diberikan adalah sahih," katanya.