Ketua Pengarang Astro Awani dipilih Presiden Iswami 2023-2025

Iklan
Ashwad (depan, dua dari kiri) dipilih sebagai Presiden Iswami 2023-2025, menggantikan Datuk Mokhtar Hussain. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Beliau menggantikan Datuk Mokhtar Hussain pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Iswami 2023-2025, yang diadakan hari ini.

Iklan
Iklan

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dipilih sebagai Timbalan Presiden Iswami.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Hanim Muhili dipilih sebagai Naib Presiden 1 Iswami, manakala Ketua Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Kamarudin Mape dipilih sebagai Naib Presiden 2 Iswami.

Iklan

Jawatan Setiausaha Agung Iswami kekal kepada Mohd Shukri Ishak, Ketua Penyiaran (TV dan Radio) BernamaA.

Merakamkan ucapan terima kasih, Ashwad berharap Iswami dapat melakukan satu perubahan yang lebih besar untuk memberi impak kepada negara serta hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Iklan

"Kita akan mengukuhkan lagi peranan Iswami dan membawa Iswami ke peringkat lebih tinggi dan peringkat antarabangsa,” katanya. - Bernama