Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ASTANA - Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan kecemasan bandar raya itu.

Kebakaran berlaku di ruang bawah tanah bangunan kediaman tiga tingkat.

Iklan
Iklan

Aras satu dan bawah tanah bangunan itu telah diubah suai menjadi asrama.

Menurut maklumat awal, kematian berpunca akibat keracunan karbon monoksida.

Iklan

Jabatan Kesihatan Awam Almaty melaporkan dua orang dirawat di hospital.

Sejumlah 72 orang berada di asrama semasa kebakaran berlaku dengan 59 daripadanya berjaya menyelamatkan diri. - Bernama/ Xinhua

Iklan