Hamas bersedia bebas semua tentera Israel, tetapi bersyarat

Iklan
Tentera Israel berdiri di sebelah kereta kebal pengangkut di selatan Israel berhampiran Genting Gaza. - AFP

BAITULMAQDIS - Seorang pegawai kanan Hamas menyatakan kumpulan pejuangnya bersedia membebaskan semua tentera Israel yang ditawannya dengan syarat mereka membuat tindakan sama terhadap semua tebusan Palestin.

Kenyataan ini dikeluarkan di tengah-tengah rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata di Gaza.

Iklan
Iklan

Pegawai Hamas dan bekas Menteri kesihatan Gaza, Bassem Naim berkata, kumpulan itu sedang menjalankan rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata yang dijadualkan berakhir pagi Khamis selepas berehat enam hari dalam pertempuran.

Hamas menahan kira-kira 240 tawanan dari selatan Israel dalam serangan 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Iklan

Sebagai tindak balas, Israel telah berikrar untuk menghapuskan Hamas dan melancarkan kempen udara dan darat yang dikatakan oleh kerajaan Hamas telah membunuh hampir 15,000 orang, kebanyakannya orang awam.

Setakat ini, seramai 60 tebusan Israel dan 180 tahanan Palestin telah dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata.

Iklan

Antara tebusan yang masih ditahan oleh Hamas ialah tentera yang dikecualikan daripada perjanjian pertukaran. Hamas mungkin akan menggunakan itu sebagai 'senjata' tawar-menawar yang penting.

Pada Oktober lalu, Hamas menuntut Israel membebaskan semua tahanan Palestin, tetapi pada masa itu ia menawarkan untuk membebaskan semua tebusan sebagai balasannya. - Agensi.