Disiplin tinggi taruhan SMK Shah Alam berdepan SMK Darul Ehsan

Iklan
Pemain SMK Shah Alam dan SMK Saujana Utama dalam perlawanan suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023.

DISIPLIN tinggi dalam kalangan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam sekali lagi menjadi taruhan apabila melayan kunjungan SMK Darul Ehsan, dalam perlawanan separuh akhir Piala Dato' Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) di padang A Majlis Bandaraya Shah Alam pada Jumaat.

Itu jaminan Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi selepas juara Piala Sumbangsih dari Shah Alam tersebut di landasan terbaik mengintai kejuaraan berganda musim ini.

Iklan
Iklan

Anak buah pengendali skuad B-15 SMK Shah Alam, Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi mengesahkan slot empat terbaik selepas menjinakkan SMK Saujana Utama, Kuala Selangor, 3-0 dalam perlawanan suku akhir di padang A Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, pada Rabu.

Satu gol separuh masa pertama Vincenzo Oliveo D'Dozzel Donny diikuti dua jaringan babak kedua Salahudin Ismail dan Khalish Fakhrey Mohd Razilan sebelum itu membolehkan juara Piala Sumbangsih, SMK Shah Alam melangkah ke suku akhir Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15.

Iklan

"Alhamdulillah, syukur sepanjang saingan tahap disiplin pemain-pemain konsisten berada tahap memuaskan baik dalam dan luar padang.

"Selain itu, barisan jurulatih dan pengurusan pasukan SMK Shah Alam juga sentiasa menjaga kebajikan pemain dan pasukan," katanya berkongsi faktor ketajaman penyudah pasukan berpangkalan di Shah Alam tersebut pada Khamis.

Iklan

Pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan SMK Shah Alam. - Foto SMK Shah Alam

SMK Shah Alam kendalian Akid Aiman mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas menewaskan SMK Saujana Utama, 3-0 di padang A Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, Shah Alam.

Sementara itu, SMK Darul Ehsan dari Batu Caves mara selepas menang besar 5-1 ke atas MRSM Sungai Besar dalam perlawanan di padang JSA Arena Setia Alam, Shah Alam.

SMK Shah Alam sebelum itu merupakan juara kumpulan A manakala SMK Darul Ehsan juara Kumpulan G.

Antara aksi SMK Shah Alam ketika berdepan SMK Saujana Utama dalam perlawanan suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023.

Mengenai persediaan berdepan SMK Darul Ehsan dengan kepadatan jadual perlawanan yang boleh mengundang kecederaan, jelas Akid Aiman, pengurusan pasukan mengaplikasikan sains sukan dalam pengurusan kecederaan pemain dan rehat yang cukup.

"Alhamdulillah, syukur pasukan SMK Shah Alam juga tidak berdepan masalah pergantungan pemain sehingga ke perlawanan hari ini.

"Malah, saya yakin dengan barisan pemain dan jurulatih sedia ada, kami mampu mengharungi perlawan seterusnya dengan baik, insya-ALLAH," katanya.

Sebagai rekod kejohanan mendapat tajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai akhbar rasmi.