'Peningkatan bagus tapi jangan biar lemas'

Iklan
Pasukan Harimau Malaya meraikan kemenangan selepas perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027, Malaysia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu. - Foto Bernama

PENINGKATAN mendadak ranking yang dinikmati skuad Harimau Malaya memberikan tonik tambahan sebelum menghadapi saingan Piala Asia di Qatar pada Januari depan.

Penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, peningkatan sehingga tujuh anak tangga dari kedudukan ke-137 ke kedudukan ke-130 dunia selain ranking terbaik sejak 18 tahun lalu merupakan satu petanda baik untuk pasukan negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peningkatan itu juga menandakan pasukan negara tampak realistik untuk mencabar kedudukan kelompok 120 dunia pada tahun depan.

"Ia satu tonik yang baik untuk Harimau Malaya dalam mengharungi saingan di Piala Asia.

Iklan

"Saya mengharapkan di kejohanan itu nanti, walaupun agak sukar kita mampu buat sesuatu.

"Sekurangnya untuk masuk ke fasa kedua F:30 ini iaitu untuk mencabar Asia dan berada di kedudukan kelompok ke-120 dunia, kita tidak boleh berdepan kekalahan demi kekalahan (dalam Piala Asia).

Iklan

"Ia kerana kita sudah ada peningkatan (ranking) yang banyak dan jika tewas kita akan 'lemas' dan jatuh balik ke ranking bawah. Itu kita kena elakkan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Pekan

Skuad Harimau Malaya mencatatkan peningkatan ranking mendadak apabila kini berada di kedudukan ke-130 dunia selepas pencapaian cemerlang dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Menerusi kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, skuad negara berjaya naik tujuh anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu ke-137 dunia.

Peningkatan itu disumbangkan melalui kemenangan ke atas Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menewaskan Taiwan 1-0 di Stadium Perbandaran Taipei.

Ia sekali gus menyaksikan Harimau Malaya memungut 26.15 mata untuk mengumpul 1,122.87 mata - pungutan mata terbaik dicatatkan tahun ini.

Malah, kedudukan ini juga amat positif kerana kali terakhir pasukan bola sepak negara mencapai ranking 130 dan kebawah adalah ketika 2005 (ranking ke-123).

Selepas ini, skuad negara akan menghadapi dua aksi persahabatan sebelum menghadapi ujian getir di Piala Asia apabila diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan aksi konsisten dipamerkan Harimau Malaya untuk meletakkan pasukan di kedudukan ranking lebih baik selain tidak tewas kepada pasukan di ranking yang lebih lemah.

"Walaupun ada peningkatan tetapi kalau kita lihat peningkatan yang ditunjukkan dari segi ranking dalam setahun ini agak perlahan.

"Kita mengharapkan peningkatan yang drastik boleh berlaku tahun depan.

"Dalam masa sama, kita juga perlu berhati-hati untuk tidak tewas dengan pasukan yang lebih lemah kerana ia akan menyebabkan mata ranking lebih banyak turun," katanya.