MANILA - Angka kematian akibat Taufan Phanfone yang melanda Filipina sejak Rabu lalu meningkat kepada 41 orang, manakala puluhan ribu mangsa lagi masih berada di pusat pemindahan, kata pihak berkuasa tempatan semalam.
Taufan Phanfone yang meninggalkan Filipina semalam telah menghancurkan beberapa pulau di Visayas termasuk destinasi pelancongan yang popular dan jumlah kerosakan dianggarkan meningkat selepas penilaian dijalankan.