[VIDEO] Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal

Iklan

IPOH - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan pengabaian terhadap tiga anak lelakinya berusia 11 tahun, tiga tahun dan 10 bulan serta anak perempuannya berusia enam tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pengabaian terhadap tiga anak lelakinya berusia 11 tahun, tiga tahun dan 10 bulan serta anak perempuannya berusia enam tahun. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah di sini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuaters Kerajaan dekat Kampung Gajah sekitar jam 10.44 pagi pada 23 November lalu.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh diperintahkan melakukan khidmat masyarakat antara 36 jam hingga 240 jam dan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu.

Iklan
Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya termasuk bayi berusia 10 bulan, minggu lalu.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj bagaimanapun tidak menawar sebarang jaminan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan hukuman.

Sinar Harian melaporkan polis menahan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah, minggu lalu.

Kedua-dua mereka ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa selepas polis menerima laporan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memaklumkan empat beradik bawah umur tersebut ditinggalkan tanpa penjagaan dan pengawasan.

Siasatan dijalankan mendapati, empat beradik itu ditinggalkan seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang