Sisa binaan punca bau

Iklan
Air kolam dikawasan bekas lombong itu menjadi kehitaman dan berbau busuk masam.

ULU YAM - Tindakan cubaan menambun kolam bekas lombong menggunakan sisa bahan binaan mengundang padah apabila mengakibatkan bau busuk di Kampung Gurney dekat sini.

Pembuangan sisa termasuk dari kilang memproses simen untuk pembinaan bangunan itu dipercayai dilakukan sejak dua minggu lalu.

Iklan
Iklan

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Zon Ulu Yam, Law Chun Yoong berkata, penduduk mengadu terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikenal pasti berpunca daripada kawasan kolam tersebut.

Menurutnya, pemilikan tanah kolam terbabit difahamkan beberapa kali bertukar tangan melalui urusan jual beli namun tiada sebarang pembangunan dibenarkan kerana ia tapak bekas lombong.

Iklan

"Air dari kawasan bukit dan longkang berdekatan akan mengalir ke kolam ini dan seterusnya ke Sungai Liam.

"Kolam ini memang dalam sebab bekas lombong dan kerja menambun bukan menggunakan tanah sebaliknya sisa bahan binaan yang akhirnya mengakibatkan pencemaran.

Iklan

"Tinjauan saya ke lokasi mendapati air kolam sudah bercampur warna kehitaman yang kesan mungkin tindak balas dari bahan kimi dari sisa binaan yang dibuang itu dengan bau busuk masam," katanya.

Chun Yoong berkata, aduan dibuat kepada MDHS untuk tindakan lanjut dan penduduk turut mengemukakan aduan sama kepada Jabatan Alam Sekitar serta Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Menurutnya, pihak berkenaan perlu memantau perkara tersebut agar pencemaran tidak berlarutan kerana air kolam mengalir ke sungai berdekatan.