'Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil’ - Rafizi

Iklan
Rafizi pada sidang media ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024 (BP 2024) sebagai usaha mengumpulkan data secara menyeluruh.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, data yang lengkap membantu merungkai masalah keterjaminan makanan dan kestabilan penawaran serta permintaan makanan dari tahun ke tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi memodenkan industri pertanian negara memerlukan lebih banyak guna tenaga untuk membangunkan sektor tersebut.

"Semua ini tidak akan berlaku melalui slogan atau arahan dasar sahaja. Ia memerlukan data yang lengkap dari seluruh negara.

Iklan

"Selain itu, kita perlu mengambil kira berapa banyak tanah yang digunakan untuk pertanian, tanaman apa yang diusahakan, mutu tanah berbeza-beza, topografi bumi, jumlah pekerja, kos menghasilkan produk pertanian dan sebagainya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Pada 20 Oktober lalu, DOSM menyasarkan semua aktiviti pertanian di seluruh negara terlibat dalam BP 2024 yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

Iklan

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron berkata, semua negeri terlibat dalam BP 2024 yang dijalankan terhadap isi rumah dan pertubuhan terbabit dalam aktiviti pertanian.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dapatan tersebut akan membantu merancang aktiviti pertanian moden untuk 10 tahun akan datang.

Ulasnya, sebelum ini Banci Pertanian hanya dijalankan sebanyak tiga kali sahaja, iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman pada 1960, Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2005).

Menurutnya, Malaysia terdedah dengan risiko kenaikan mendadak harga makanan kerana skala industri tersebut tidak besar seperti aktiviti pertanian yang lain.

"Memang betul kita ada sumbangan yang besar kepada ekonomi daripada sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladangan besar-besaran untuk kelapa sawit.

"Kementerian Ekonomi adalah perancang dan penyelaras kepada semua kementerian dan agensi dalam perkara-perkara yang berkait ekonomi,” katanya.