Israel kembali serang Gaza

Iklan
Keadaan kediaman penduduk di Gaza musnah diserang tentera Israel. Foto: AFP

GAZA - Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara.

Serangan berlaku sejurus selepas tamatnya jeda kemanusiaan sementara selama tujuh hari yang diatur oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

Agensi Berita WAFA melaporkan dua bayi perempuan terkorban akibat serangan udara Israel di kawasan Assqoula dan Shujaeya di Bandaraya Gaza.

Kira-kira 20 orang awam cedera dalam serangan udara dan mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Ahli Baptist.

Iklan

Dalam kejadian berasingan, empat rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza.

Serangan berlaku sejurus selepas tamatnya jeda kemanusiaan sementara selama tujuh hari yang diatur oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat. Foto: AFP

Sementara itu, Israel melancarkan beberapa serangan menyasarkan rumah orang awam di barat Bandaraya Gaza dan beberapa kawasan lain.

Iklan

Kawasan barat Bandaraya Gaza, khususnya Al-Nasr, Tal Al-Hawa, Sheikh Radwan dan kawasan Sheikh Ajleen, antara yang menjadi sasaran tembakan dan bom Israel.

Israel turut melakukan serangan udara ke atas bandar Abasan di timur Khan Yunis di selatan Gaza serta mengebom timur Governorat Pusat dan Khan Yunis di selatan.

Serangan laut dan meriam juga dilaporkan di sepanjang pantai Bandaraya Gaza, Nuseirat, Zawayda dan kawasan timur dan barat di tengah Gaza.

Sekurang-kurangnya 15,000 penduduk Palestin termasuk lebih 6,500 kanak-kanak dan lebih 3,000 wanita terbunuh sejak bermulanya kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza pad 7 Oktober. - Bernama