Dakwaan kucing mati akibat direndam air panas tidak benar - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

KUANTAN - Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan, justeru meminta orang ramai menghentikan spekulasi berhubung kes itu.

Iklan
Iklan

"Polis juga masih mengesan pelakunya dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Iklan

Sebelum ini tular di media sosial lebih 10 ekor kucing ditemukan mati pada Rabu lepas dipercayai direndam air panas.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook menawarkan ganjaran RM5,000 kepada individu yang dapat merungkai kes pembunuhan kucing berkenaan.- Bernama

Iklan