Minuman 'Kopi Joss' semakin popular di Indonesia malah di negara ini terdapat sebuah kedai makan dikenal pasti menyediakan kopi dengan bara arang sekali gus menjadi perdebatan netizen di media sosial, sejak beberapa minggu lepas.
Di Indonesia, kopi itu didakwa mampu menyingkirkan toksin dari dalam badan bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu minum kopi itu satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa.