Polis tumpaskan sindiket penyeludupan migran

Iklan
Mohd Yusri (kiri) menunjukkan gambar tangkapan migran yang diseludup masuk menerusi perairan Sungai Tiang, Bagan Datuk.

IPOH - Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan migran dengan menahan 10 pendatang asing tanpa izin dalam serbuan Op Pintas Khas dekat Bagan Datuk pada Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, risikan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Pasukan Polis Marin itu turut berjaya menahan sepasang suami isteri yang bertindak sebagai pengangkut (transporter).

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati 10 lelaki warga Indonesia berkenaan cuba diseludup masuk melalui jalan laut di perairan Sungai Tiang sebelum ke kawasan kebun pisang di Jalan Feri, Hutan Melintang.

"Mereka kemudiannya dibawa ke destinasi yang tidak diketahui menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena sebelum berjaya ditahan pasukan," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini pada Jumaat.

Iklan

"Modus operandi sindiket ini menggenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM1,800 bagi setiap migran sebelum diambil ejen dan dihantar ke seluruh negara mengikut permintaan.

Polis menahan 10 PATI yang diseludup masuk menerusi perairan Sungai Tiang sebelum dibawa menaiki MPV ke destinasi yang tidak diketahui.

"Kesemua tangkapan berusia 25 hingga 60 tahun itu direman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Iklan

Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

"Sepanjang tahun 2023, Polis Perak berjaya melaksanakan 10 serbuan melibatkan tangkapan 17 warga tempatan dan 184 migran warga asing.

"Pasukan khas Op Cantas akan menumpukan operasi bagi membanteras penyeludupan migran dan Atipsom di seluruh negeri," katanya.