Hujan lebat jejas perlawanan Kelantan United, Negeri Sembilan

Iklan
Hujan lebat di Stadium Muhammad IV menyebabkan air bertakung.

PERLAWANAN Liga Super membabitkan Kelantan United FC (KUFC) menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam Jumaat masih belum dapat dilangsungkan susulan hujan lebat.

Hujan lebat sejak lewat petang menyebabkan air bertakung di padang dan merencatkan sesi perlawanan dua pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

Perlawanan dua pasukan itu sepatutnya dimulakan pada jam 9 malam.

Perbincangan di antara pengurusan perlawanan dan ketua jurulatih dilihat kira-kira jam 9.30 malam.

Iklan

Komisioner Perlawanan, Mohd Paudzi Sukami ketika ditemui berkata, mereka masih menanti hingga jam 10.30 malam sebelum membuat keputusan.

"Bagaimanapun, pengadil akan membuat pemeriksaan ke atas padang bagi membolehkan perlawanan dilakukan," katanya.

Iklan

Rekod pertemuan KUFC dan Negeri Sembilan Football Club kira-kira tiga tahun lalu

Musim ini mereka berlawan sebanyak tiga kali dan dua daripadanya dimenangi pasukan pelawat.