Agong berkenan luang masa bertemu pemimpin asing di COP28

Iklan
Yang di-Pertuan Agong turut berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan meluangkan masa bertemu pemimpin-pemimpin negara asing ketika berangkat menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai.

Menurut hantaran di Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan meluangkan masa bertemu dan bertukar pendapat dengan Putera Monaco Putera Albert II, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Uzbekistan Shavkat Miromonovich Mirziyoyev dan beberapa ketua serta pemimpin negara asing yang lain.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia serta menyaksikan majlis pertukaran dokumen membabitkan syarikat-syarikat Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini,” menurut hantaran itu.

Turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke COP28, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berangkat menyampaikan titah, atas persilaan Wanita Pertama Turkiye Emine Erdogan di majlis"Climate Talks for a Green Future” di Turkish Pavillion, hari ini.

Iklan
Iklan

COP28 yang berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis ini melibatkan 70,000 perwakilan termasuk ketua-ketua negara dan pemimpin dunia untuk melahirkan persetujuan dan memudahkan perkembangan tindakan iklim dalam kalangan pihak berkaitan, perwakilan dan ribuan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat, kumpulan belia dan pihak berkepentingan lain. - Bernama