KUALA LUMPUR - Seorang peguam hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung seorang aktivis yang didakwa menyeleweng dana sumbangan awam untuk pengurusan kematian Dea Maisarah Bada berjumlah RM53,000.
Peguam Hafiz Norkhan berkata, polis memanggilnya untuk memberi keterangan pada hari ini susulan laporan polis yang dibuat oleh ayah Dea Maisarah, Bada Hussein, 48, yang juga anak guamnya pada 17 November lepas berhubung dakwaan penyelewengan itu.