Anggota polis antara 4 dituduh culik wartawan Bangladesh

Iklan
Datuk Hussein Omar Khan

SERDANG - Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 November lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua orang awam yang dituduh merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh.

Iklan
Iklan

"Keempat-empat suspek dituduh mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan", katanya kepada pemberita selepas Program Refresh Session Go to Safety Point (GTSP) di Petronas Solaris, di sini pada Jumaat.

Pada 7 November lepas, seorang wartawan warga Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis di sebuah rumah di Klang, Selangor.

Iklan

Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata, sepanjang tempoh itu, dia dipukul, dirotan, diterajang di perut dan dikelar pada bahagian tangan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripadanya, jika mahu dilepaskan.

Mengenai perkembangan kes pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 25 November lepas, beliau berkata, sembilan suspek telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Iklan

"Pada Ahad lepas, polis menahan 23 individu dan kita sedang mengesan dua lagi suspek yang dikehendaki,” katanya.

Terdahulu, Hussein dalam ucapannya pada majlis itu berkata GTSP merupakan inisiatif kerajaan supaya orang ramai boleh mendapat bantuan awal ketika situasi kecemasan.

"Stesen minyak adalah tempat strategik yang mana orang awam boleh pergi pada bila-bila masa dan kebanyakannya dibuka 24 jam,” katanya.

Beliau berkata peranan dan tanggungjawab pengusaha atau pemilik stesen minyak GTSP adalah untuk menyediakan tempat rehat kepada mangsa, menenangkan dan memberi rawatan awal (jika berlaku kemalangan). - Bernama