Karangkraf tawar diskaun 15 peratus, 20 judul baharu

Iklan
Pengunjung membeli buku di reruai Karangkraf. (Gambar kecil: Anis Syamila)

SHAH ALAM - Grup Buku Karangkraf menawarkan potongan harga 15 peratus untuk semua pembelian sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF 2023).

Penolong Pengurus Jabatan Pemasarannya, Anis Syamila Abdul Halim berkata, potongan harga itu boleh dinikmati pembaca selama 10 hari bermula semalam hingga 10 Disember ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain harga istimewa, Karangkraf turut membawa 20 judul baharu untuk pembaca.

"Kali ini cukup istimewa kerana kita bawakan 20 judul baharu kepada pengunjung yang hadir ke pesta buku.

Iklan

"Jumlah sasaran jualan pada hari pertama ini adalah 1,000 naskhah,” katanya kepada Sinar Harian sempena SIBF 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat.

Pengunjung berpeluang menikmati potongan harga sebanyak 15 peratus.

Mengulas lanjut, Anis berkata, antara genre boleh didapati di reruai Karangkraf adalah novel seram, kekeluargaan, bahan bacaan umum, buku Islamik, al-Quran dan buku kanak-kanak.

Iklan

Ujarnya, pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pembelian RM100.

Jelasnya, dengan pelbagai aktiviti berlangsung di reruai Karangkraf, ia mampu mengeratkan hubungan antara penerbit dengan pembaca setia mereka.

Buku dan karya yang boleh didapati di reruai Karangkraf sempena SIBF 2023.

"Pilihan buku yang kita bawakan kali ini merangkumi semua genre mengikut peringkat usia. Jadi banyak pilihan kepada pembaca.

"Aktiviti menarik di reruai kami selain dapat diskaun, pengunjung juga berpeluang memenangi enam hadiah istimewa dalam acara cabutan bertuah.

"Pada Sabtu dan Ahad pula kita akan adakan sesi bersama 12 penulis,” katanya.