Digital ID selamat digunakan, langkah baik ke aras digitalisasi
Iklan
SHAH ALAM - Identiti Digital Nasional atau Digital ID selamat digunakan dan mampu melindungi data peribadi masyarakat, namun kerajaan perlu menjelaskan definisi dan kaedah pelaksanaannya dengan lebih terperinci kepada rakyat negara ini.
Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata, hal ini bertujuan menghapuskan keraguan orang ramai kerana masih ada yang tidak faham mengenai Digital ID dan mendengar khabar angin melalui media sosial.