Selepas setahun Kerajaan Madani
Iklan
24 November lalu genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam keadaan rumit dan unprecedented, membentuk Kerajaan Perpaduan melalui gabungan entiti pelbagai parti berseteru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelumnya bukan sesuatu yang mudah.
Dalam tempoh setahun memegang jawatan tersebut, Anwar berdepan pelbagai cabaran mengambil alih pentadbiran negara. Beliau perlu memulihkan ekonomi yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19, bebanan hutang negara yang tinggi dan kelembapan ekonomi global.