Israel sasar Hizbullah di Lubnan

Iklan
Tentera Israel berkawal di Kibbutz Manara di sempadan Israeli-Lubnan pada Khamis. - Foto EPA

BEIRUT - Tentera Israel mendedahkan satu video pada Jumaat bagi menunjukkan satu serangan udara tentera dan tembakan artileri menyasarkan Hizbullah di Lubnan.

Bagaimanapun, tiada lokasi tepat atau tarikh rakaman didedahkan.

Iklan
Iklan

Serangan Israel berkenaan telah membunuh tiga orang di selatan Lubnan.

Serangan itu tercetus ketika berakhirnya gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas yang mendorong semula permusuhan di sempadan.

Iklan

Hizbullah yang merupakan kumpulan pejuang Lubnan dan disokong oleh Iran yang juga sekutu Hamas turut memaklumkan, dua daripada anggotanya terbunuh.

Hizbullah juga telah melakukan serangan balas ke markas tentera Israel di sempadan.

Iklan

Bagaimanapun tentera Israel berkata, artilerinya mengenai sumber tembakan dari Lubnan dan pertahanan udara telah memintas dua pelancaran.

Siren amaran kemungkinan roket masuk dibunyikan di beberapa bandar di utara Israel, menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan.

Selepas meletusnya perang Hamas-Israel pada 7 Oktober, Hizbullah melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke atas kedudukan Israel di sempadan manakala Israel melancarkan serangan udara dan artileri di selatan Lubnan. - Awani/Agensi