Remaja lelaki cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok

Iklan
Laporan Sinar Harian

ALOR SETAR - Remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes cubaan samun pemandu e-hailing di tepi jalan di Taman Keladi, Sungai Petani, dekat sini, akan dituduh di mahkamah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak.

Iklan
Iklan

"Remaja lelaki berusia 13 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada 28 November lepas, Sinar Harian melaporkan seorang pemandu e-hailing warga emas berdepan saat cemas diacu sebilah pisau dan cuba ditikam oleh seorang remaja lelaki dalam kejadian di Taman Keladi, di sini pada Isnin.

Iklan

Pemandu berusia 65 tahun itu bagaimanapun terselamat setelah cubaannya menggigit tangan remaja berusia 13 tahun tersebut menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.

Remaja itu ditahan ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat pada hari sama sebelum direman selama sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadapnya selesai.

Iklan