PRK Kemaman: Anak muda bangga, teruja tunai tanggungjawab

Iklan
Ahmad Syarif Afham (kanan) dan Mohd Imanuddin antara anak muda yang menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai pada Sabtu.

KEMAMAN - Golongan muda yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyatakan rasa bangga dan teruja kerana berpeluang memilih pemimpin yang akan mewakili mereka.

Dua rakan sekampung, Ahmad Syarif Afham Mohd Suhaimi, 19, dan Mohd Imanuddin Mohd Shafie,19, dari Bakau Tinggi, Chukai misalnya, datang seawal jam 8.30 pagi bagi mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail.

Nursyamiza (kiri) dan kakaknya, Nursyafikah menunjukkan jari tanda selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ahmad Syarif Afham yang juga seorang pelajar berkata, pengundian kali ini adalah ketiga baginya, termasuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 dan Pilihan Raya Negeri pada Ogos lalu.

"Mungkin ada yang beranggapan anak muda masih tidak matang untuk mengundi, tapi saya tidak berasa begitu kerana kami membuat penilaian keseluruhan termasuk calon, bukan parti semata-mata," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Rakannya, Mohd Imanuddin turut sependapat dan menyatakan pilihan yang dibuat adalah berdasarkan calon, bukan parti.

Jelasnya, selain menilai keperibadian dan kewibawaan calon, dia turut melihat kepada kemampuan calon untuk membawa suara anak muda.

Iklan

Nursyamiza Alimi, 18, juga dari Bakau Tinggi menyatakan rasa bangga kerana dapat tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya belajar pengajian am dan mengikuti perkembangan politik semasa. Jadi, saya tahu pentingnya memilih pemimpin yang betul untuk mewakili penduduk di sini.

"Saya harapkan rakan-rakan yang layak mengundi untuk gunakan peluang ini untuk memilih wakil rakyat terbaik," jelasnya.