PETALING JAYA - Polis masih belum menerima laporan berhubung dakwaan salah laku melibatkan anggotanya menerusi video tular yang dimuat naik seorang pengguna media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sehingga kini, individu berkenaan masih belum tampil membuat laporan polis berkaitan dakwaan terbabit.
Iklan
Iklan
Pada Khamis, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya mendapati individu dalam video terbabit mendakwa dihubungi anggota polis pada 23 November lalu.
Individu terbabit turut mendakwa berlaku salah laku melibatkan anggota berkenaan ketika pekerjanya itu ditahan untuk pemeriksaan.
Individu terbabit diminta segera membuat laporan polis bagi tindakan lanjut dapat segera diambil berhubung perkara terbabit.
Siasatan secara adil dan telus akan dijalankan berhubung dakwaan ini sekiranya ada laporan dibuat.
Pihak polis tidak akan berkompromi dengan salah laku mana-mana pegawai atau anggota sekiranya mereka benar didapati melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.