PRK Kemaman: 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

Iklan
Pengundi muda Puteri Nurain Nadhirah Megat Suhaimi, 18, menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat kekal selepas mengundi pada PRK Parlimen Kemaman, di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail pada Sabtu.

CHUKAI - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mencecah 60 peratus, setakat 4 petang Sabtu.

Jumlah itu hampir mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjangkakan 70 peratus pengundi dari 141,043 pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat mengundi ditutup 6 petang ini.

Iklan
Iklan

Sejak kesemua 49 peratus pusat mengundi dibuka 8 pagi tadi, cuaca di Parlimen Kemaman kekal cerah setakat ini, memudahkan proses mengundi dijalankan.

Semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 November lepas.

Iklan

PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas. - Bernama

Iklan