[VIDEO] Arca jerami padi jadi tarikan di Karnival D' Bendang Melaka

Iklan

JASIN - Arca jerami padi yang julung kali dibina di kawasan sawah padi pada Karnival D' Bendang Melaka membuktikan kesepakatan dan keharmonian diantara penduduk dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Lendu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata, ini kerana lebih 10 arca pelbagai motif berjaya dibina di kawasan sawah padi hasil kerjasama kedua-dua pihak sejak enam hari lalu.

Iklan
Iklan

Arca jerami padi yang terdapat pada Karnival D' Bendang Melaka di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, ia juga salah satu tarikan dan keunikan yang ditonjolkan pada karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lebih-lebih lagi aktiviti arca jerami ini hanya popular di kawasan negeri utara.

Iklan

Menurutnya, sebanyak 50 tan jerami digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk arca seperti kura-kura, terowong, menara, kerbau dan keris yang dibantu seramai 65 pelajar UiTM Lendu.

"Arca jerami ini merupakan hasil buah fikiran masyarakat, pesawah dan juga warga UiTM.

Iklan
Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat arca jerami dengan lebih dekat.

"Di mana kita nak beritahu tentang kewujudan karnival ini, dan pelajar UITM juga 'berkampung' di sini untuk merealisasikan arca jerami bagi tatapan pengunjung," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian pertandingan Ratu Kebaya Bendang di Kem Benteng Negara di Sungai Rambai pada Sabtu.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan berkata, aktiviti bergambar di arca jerami juga dapat mencapai sasaran lebih 7,000 pengunjung ke karnival itu dalam tempoh tiga hari hingga Ahad.

Tambahnya, selain itu, aktiviti mahupun pertandingan yang menjadi tumpuan termasuk pukul bantal, gagau ikan, bola jaring bendang, pertandingan layang-layang dan banyak lagi.

"Secara tidak langsung penduduk setempat juga dapat dapat menjana ekonomi mereka melalui gerai-gerai jualan yang disediakan dan tidak ketinggalan Jualan Rahmah," katanya.

Orang ramai tertarik dengan arca yang dibina menggunakan jerami padi.

Sementara itu, pengunjung yang ditemui, Siti Hajar Mahfop, 32, berharap aktiviti yang jarang diadakan di negeri ini dapat dianjurkan lebih kerap dalam menggamit jumlah pelancong ke negeri ini.

"Sekurang-kurangnya generasi muda juga dapat belajar permainan atau sukan tradisional yang pernah popular dalam kalangan orang Melayu," katanya.