Jakim, MKI selaraskan garis panduan penganjuran program hiburan

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Na’im Mokhtar

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran program hiburan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Iklan
Iklan

"Kita berharap agar garis panduan ini nanti diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan kita berharap tiada lagi pelanggaran garis panduan pada masa akan datang," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai satu konsert di Kampung Balai, Bachok yang memaparkan kumpulan penyanyi wanita dikenali sebagai Thungpang berasal dari Thailand yang memakai pakaian tidak sopan.

Iklan

Kerajaan Negeri Kelantan mengesahkan konsert berkenaan mempunyai permit, namun mengakui pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung Muslim ke konsert berkenaan.

Iklan