Lembah Sahom sesak dengan peminat raja buah

Iklan
Dengan bayaran hanya RM20, pengunjung boleh menikmati durian sepuas-puasnya.

KAMPAR - Lebih 2,500 pengunjung membanjiri Lembah Sahom, di sini hari ini bagi menikmati keenakan ‘raja buah’ sempena Kembara Durian Ambang 2020.

Program anjuran Persatuan Usahawan Pelancongan Sahom Kampar ini menyediakan tiga tan atau lebih kurang 7,000 biji durian pelbagai jenis seperti durian kampung, durian susu, durian bukit dan sebagainya yang diperoleh daripada penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Shariff Ali Jabad Ali berkata, program makan durian sampai kenyang itu pertama kali dianjurkan bertujuan melonjakkan Sahom sebagai salah satu destinasi popular dengan menikmati raja buah itu.

"Setiap pengunjung membayar RM20 untuk menikmati durian dan boleh makan sehingga 'senak' (kenyang).

Iklan

"Kesemua durian ini dikumpul daripada penduduk setempat untuk dinikmati pengunjung. Kita menerima pengunjung luar negeri termasuk dari Singapura.

"Keenakan durian berbeza berbanding di tempat lain apabila mempunyai rasa pahit dan lemak dengan isinya kuning serta putih. Lain pokok lain rasanya,” katanya ketika ditemui di sini.

Iklan

Shariff Ali berkata, program itu bertujuan mempromosikan keistimewaan produk eko pelancongan sekitar kawasan itu serta sukan lasak.

"Lembah Sahom mempunyai tujuh pengusaha chalet sekitar kawasan dengan pelbagai aktiviti disediakan seperti ‘river tubing’, ‘flying fox’ serta aktiviti sesuai untuk sekeluarga.

"Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, persatuan kami telah menyediakan pelbagai acara seperti temasya agro pada Februari nanti, Sahom Valley Mountain Bike Challenge pada April dan diikuti Larian Kampar dan sebagainya,” katanya.