[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRK Kemaman: Ahmad Samsuri mendahului

Iklan
Petugas SPR menyusun peti undi di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman setelah selesai waktu mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P.040 Kemaman pada Sabtu. Foto: Bernama
KEMAMAN - Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini mendahului dalam saingan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dengan keputusan tidak rasmi majoriti 33, 820.

Menteri Besar Terengganu itu setakat ini mendapat 54,385 manakala calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 23,504 undi.