JARINGAN tunggal Ayron Rodriguez cukup untuk membantu Selangor FC menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 0-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.
Kemenangan itu mengesahkan slot Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan menjadi milik skuad Tan Cheng Hoe.
Gol yang diburu The Red Giant menjelma pada minit ke-64 hasil jaringan Ayron yang bijak memanfaatkan hantaran Brendan Gan.
Beraksi di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri, Sang Kenari cuba bangkit dengan melakukan asakan ke kubu Selangor FC, namun dinafikan oleh barisan pertahanan pelawat.
KDA FC melakukan asakan sehingga ke minit terakhir namun keputusan 1-0 kekal ke wisel penamat.
Tuan rumah mempunyai beberapa peluang keemasan untuk berada di hadapan terutamanya seawal minit ke-8, menerusi percubaan Ifedayo dan susulan oleh Manuel Ott namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville.