PRK Kemaman: PN jangan terlalu selesa

Iklan
PN tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan yang diperoleh bagi PRK Kemaman ketika mereka masih belum mampu memenangi hati pengundi bukan Melayu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Nur Ayuni)

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan yang diperoleh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman ketika mereka masih belum mampu memenangi hati pengundi bukan Melayu.

Pensyarah Kanan Sains Politik UPM, Dr Nur Ayuni Mohd Isa berkata, perkara itu menjadi cabaran utama yang perlu ditangani oleh gabungan politik berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, begitu juga Pakatan Harapan (PH) yang berdepan cabaran sebaliknya dalam memastikan sokongan Melayu diperoleh.

"Sampai sekarang PN tidak dapat tembus undi-undi kaum Cina, India dan kaum lain.

Iklan

"PN perlu atasi isu multi etnik untuk mereka jadi pemerintah.

Program dikendalikan oleh Haizir Othman itu turut menampilkan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar sebagai panelis.

Iklan

Mengulas lanjut, Nur Ayuni berkata, memenangi hati orang Melayu kini merupakan kunci bagi Barisan Nasional (BN).

Katanya, isu-isu seperti kluster pemimpin merajuk yang belum selesai juga perlu diatasi.

"Bukan sahaja pemimpin yang merajuk, pengundi juga ada yang merajuk... ini negatif kepada UMNO dan positif kepada PN.

"BN perlu mencari balik di mana silapnya dan di mana merajuknya orang Melayu atau mengapa orang Melayu beralih arah daripada sokong BN kepada PN.

"Walaupun pembaharuan dibuat tapi mengambil masa nak pulihkan kepercayaan kepada parti dan kepimpinan," katanya.