Everton lega dapat tiga mata berharga

Iklan
McNeil. - Foto EPA

JURULATIH Everton, Sean Dyche boleh menarik nafas lega apabila pasukannya meraih kemenangan pertama sejak dipotong 10 mata setelah membenam Nottingham Forest 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Pemain sayap, Dwight McNeil memacu kemenangan Everton menerusi jaringan tunggal pada minit ke-67 untuk mengutip tujuh mata dan memanjat ke tangga ke-18 liga.

Iklan
Iklan

Everton disifatkan oleh Dyche terpaksa bermula semula dari bawah susulan kesalahan melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

"Saya fikir kami berdepan musim yang tegang, dua bulan kebelakangan ini. Sepatutnya 17 mata jika tidak dipotong, namun ini (kemenangan) permulaan yang positif," ujar Dyche.

Iklan

Kemenangan itu meningkatkan tekanan kepada bos Forest, Steve Cooper selepas dua kekalahan berturut-turut di laman sendiri setelah tunduk kepada Brighton 2-3 pada 25 November lalu.

Forest cuba memberi tekanan ke gawang Everton ketika permainan meniti ke penghujung perlawanan, namun pasukan pelawat wajar berterima kasih kepada Jordan Pickford yang kebal di gawang.

Iklan