Tanpa pemain kebangsaan, Nafuzi puas hati prestasi Kedah

Iklan
Nafuzi Zain.

PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain tetap berpuas hati dengan prestasi skuadnya yang memberikan tentangan sengit sehingga ke wisel penamat biarpun akur tewas 0-1 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super 2023 pada malam Sabtu.

Kekalahan tersebut menyaksikan peluang Sang Kenari untuk melangkah ke pentas Asia tertutup dan slot Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan itu menjadi milik The Red Giant yang sah muncul naib juara Liga Super.

Iklan
Iklan

Jelas Nafuzi, semua pemainnya telah memberikan segala-galanya pada perlawanan itu namun jaringan tunggal Ayron Rodriguez pada minit ke-64 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

"Jika kita bandingkan empat pasukan teratas, Kedah adalah satu-satunya pasukan yang tiada pemain tempatan kebangsaan. Kita tengok Sabah FC, Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim mereka mempunyai ramai pemain tempatan kebangsaan dalam pasukan.

Iklan

"Penjaga gol Kalamullah kadang-kala dipanggil ke kem negara, tetapi itu pun kadang-kala sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Menurut Nafuzi, pada perlawanan tersebut, pemainnya telah memberikan segalanya untuk mencipta ruang dan peluang mencetak gol namun nasib tidak berpihak buat Sang Kenari.

Iklan

KDA FC bakal menutup tirai kempen Liga Super pada musim ini dengan berkunjung ke Borneo untuk bertemu Sabah FC pada 17 Disember hadapan.