Penduduk lega masalah banjir dapat perhatian

Iklan
Zameri (tengah) melawat kawasan tali air bersama agensi terlibat yang didakwa menjadi punca banjir di Taman Bator Harmoni.

KOTA BHARU - Penduduk di Taman Bator Harmoni, Bachok lega apabila masalah banjir yang dihadapi mereka kira-kira 11 tahun lalu bakal selesai.

Ia susulan aduan yang dilakukan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat dan agensi berkaitan yang mengambil langkah segera meninjau kawasan itu.

Iklan
Iklan

Pengerusi taman berkenaan, Norazman Mohd Azmi, 57, berkata, Zameri melakukan lawatan kali kedua bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan dan Kawasan Pembangunan Peranian Bersepadu (IADA) pada Ahad untuk melihat kawasan dan pembentung yang didakwa antara punca aliran air perlahan.

"Saya dimaklumkan pembentung di tali air itu akan dipecahkan dalam masa terdekat sebagai usaha meningkatkan kelajuan air," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau memberitahu, tindakan peringkat awal itu memberi harapan kepada penduduk untuk tinggal dalam keadaan selesa dan tidak lagi bimbang kediaman dinaiki air.

Selain itu katanya, pihak IADA akan menyelenggara tali air di kawasan berkenaan termasuk di belakang perumahan terbabit.

Iklan

"Penduduk juga gembira dan berterima kasih dengan tindakan segera agensi terlibat melakukan tinjauan walaupun dalam keadaan hujan berterusan," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan lebih 350 penduduk di taman itu mengalami masalah banjir kira-kira 11 tahun lalu mengakibatkan banyak kerugian.