Kemenangan Dr Sam hanya kekalkan status quo
Iklan
MESKIPUN calon Perikatan Nasional (PN) dan Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dengan jumlah undi majoriti jauh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebuah firma penyelidikan politik berpendapat kemenangan itu tidak signifikan dan sekadar mengekalkan status quo.
Sebaliknya, Institut Darul Ehsan (IDE) menjelaskan, kadar peningkatan undi majoriti calon PN-Pas berbanding PRU15 dan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, hanya sekadar satu hingga tiga peratus sahaja.