Semakin ramai anak yatim di Gaza

Iklan
Dua kanak-kanak mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia. - Foto REUTERS

GAZA - Usai tamat gencatan senjata di antara Palestin dan rejim Israel tiga hari lalu pada Jumaat, Israel tanpa henti terus membedil Kota Gaza dengan kejam.

Dalam tempoh 24 jam sahaja, pejabat media Gaza melaporkan kira-kira 700 rakyat Palestin terbunuh menyebabkan kanak-kanak, kehilangan ibu-bapa mereka.

Iklan
Iklan

Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan berikutan serangan udara Israel di kem Jabalia di Gaza.

Kata salah seorang daripada mereka, ayah dan abang mereka telah syahid.

Iklan

Antara tapak yang menjadi sasaran Zionis selepas gencatan tamat adalah kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Mereka dengan kejam sengaja menyasarkan kawasan berkenaan yang padat dengan penduduk Gaza untuk dibunuh.

Iklan

Rejim Israel berterusan melakukan serangan ke atas Gaza ketika kebimbangan antarabangsa meningkat terhadap jumlah kematian orang awam yang semakin bertambah pada hari ketiga selepas berakhirnya gencatan senjata.

Lebih 15,200 orang terbunuh dalam tempoh lapan minggu pertempuran yang disambung semula selepas gencatan senjata tamat pada Jumaat. - Awani