Guardiola enggan kritik pengadil

Iklan
Pep Guardiola - Foto AFP

PEP Guardiola berkata dia tidak akan mengikut jejak langkah bekas pembantunya, Mikel Arteta yang mengkritik keputusan pengadil selepas pasukannya seri 3-3 menentang Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

City telah dinafikan peluang besar untuk memenangi perlawanan pada masa kecederaan apabila pengadil Simon Hooper menghentikan permainan untuk menghadiahkan anak buah Guardiola sepakan percuma ketika pemain sayap pasukan itu, Jack Grealish berpeluang untuk menjaringkan gol kemenangan.

Iklan
Iklan

Keputusan itu mencetuskan reaksi marah daripada pemain City dan Guardiola di garisan tepi padang.

Erling Haaland boleh berdepan hukuman selepas mengkritik seruan itu di media sosial, namun ketika berdepan media, Guardiola bersikap tenang.

Iklan

Sebelum ini, pengendali Arsenal, Arteta menyifatkan keputusan untuk menghadiahkan gol kemenangan Newcastle ke atas pasukannya bulan lalu sebagai 'memalukan' kepada EPL.

Arteta berdepan pertuduhan Persatuan Bola Sepak kerana komennya yang disokong oleh Arsenal dalam satu kenyataan kelab.

Iklan

"Soalan seterusnya. Saya tidak akan membuat komen seperti Mikel Arteta.

"Sukar apabila anda menyemak video kejadian itu. Pengadil memutuskan untuk meniup wisel selepas dia sudah membenarkan permainan berlangsung.

"Selepas hantaran dan tiupan wisel, jadi saya tidak faham tindakan ini,” katanya.

Selepas seri menentang Chelsea dan Liverpool, City kini gagal menang dalam tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut buat kali pertama dalam tempoh enam tahun.