[DIKEMAS KINI] AEON BiG (M) menerima lebih 30,000 penyertaan peraduan ‘Belanja Lebih Menang Lebih’ (Shop More Win More) bermula 19 Oktober hingga 18 November 2023.
Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kempen tersebut telah berlangsung selama enam minggu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Menurutnya, hadiah utama yang ditawarkan adalah Proton X50 Flagship, tempat kedua dan ketiga adalah Proton Saga Premium.
"Pelanggan kami hanya perlu berbelanja sebanyak RM111 secara minimum, tetapi jika mereka berbelanja lebih daripada RM333 akan digandakan penyertaannya.
"Pada ulang tahun ke-11 kita bukan sahaja beri potongan harga sebanyak 11 peratus hingga 50 peratus, tetapi juga pelbagai diskaun yang dapat dinikmati oleh pelanggan,” katanya dalam majlis Sambutan Grand Finale ‘Shop More Win More’ di AEON BiG di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, sebaliknya membina hubungan baik antara pembeli dan penjual.
Ulasnya, syarikat korporat atau mana-mana organisasi perlu membantu masyarakat sejajar dengan konsep ihsan dalam konteks Malaysia Madani.
"Kita lihat dengan pelbagai pendekatan yang dilakukan, penaja yang datang bukan sekadar beri sumbangan, tetapi ada mesej yang ingin mereka sampaikan.
Dalam pada itu, salah seorang pemenang, Ngeow Bih Lei, 35, berkata, tidak menyangka berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Proton X50 Flagship menerusi peraduan tersebut.
"Saya ada membeli sebuah televisyen dan pengering rambut di AEON BiG Falim, Ipoh bulan Oktober lalu dengan nilai melebihi RM1,500.