Sekelip mata dua mangsa rugi RM100,000

Iklan
Mangsa mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian, awal bulan ini. - Gambar hiasan

SEREMBAN - Sekelip mata dua lelaki mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, bagi kes pertama pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pegawai khidmat pelanggan pada 1 Disember lalu yang mengalami kerugian kira-kira RM134,500 susulan sindiket penipuan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang individu yang menawarkan pelaburan dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.

"Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa beberapa jam. Selepas itu, mangsa diarahkan lagi untuk membuat beberapa kali pembayaran bagi proses menebus wang keuntungan sebanyak RM30,000 itu kepada tujuh ‘keldai akaun’ yang berbeza sehingga kerugian mencecah RM134,500,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, satu laporan daripada seorang kontraktor Sabtu lalu yang melibatkan kerugian berjumlah RM285,000.

Ujarnya, mangsa juga telah berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan modal permulaan RM30,000 dan dijanjikan keuntungan sebanyak 90 peratus dalam masa beberapa jam.

Iklan

"Selepas itu mangsa disuruh lagi untuk membuat beberapa kali pembayaran bagi menerima keuntungan dan telah membuat pindahan wang sebanyak lima kali ke empat keldai akaun berbeza.

"Masyarakat dinasihatkan tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pelaburan atas talian dengan keuntungan yang tinggi," katanya.